web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Penyelewengan, Dedah Kos Sebenar PPV Mega

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 2:50PM

Kenyataan Saifuddin turut disokong Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos keseluruhan pengoperasian pusat pemberian vaksin (PPV) berskala mega perlu didedahkan kerajaan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berikutan jumlah pembiayaan yang dikatakan agak tinggi.

“PPV mega seperti di PWTC, saya difahamkan kos kerajaan biaya agak tinggi dan dikatakan hampir RM30 satu kepala, tidak termasuk syarikat penyedia perkhidmatan yang lain.

“Saya yakin menteri dapat berkongsi keperluan, komitmen kewangan yang begitu besar.

“Saya faham ketika darurat kita perlu buat dengan cepat, tetapi itu tidak bermaksud PPV mega seperti PWTC, The Mines dan lain itu yang saya difahamkan membabitkan kos besar,” katanya pada Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan Saifuddin Nasution, turut disokong Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan memperincikan kos pengoperasian kemudahan terbabit.

Beliau berkata, sekiranya terbukti kos ditanggung kerajaan itu tinggi, penjelasan perlu diberikan bagi memastikan ketelusan dan tiada ketirisan yang berlaku.

“YB Kulim Bandar Bharu sebut RM30 satu kepala dan ini tidak termasuk sewa PWTC, kontrak kepada siapa, jadi mengapa kos begitu tinggi. Ini kalau kita bandingkan kepada vaksin untuk hospital swasta, kosnya tentu jauh lebih rendah.

“Saya minta penjelasan menteri memperincikan dan beri contoh beberapa PPV besar supaya kita tahu wang tidak diselewengkan,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

3

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Akan Terus Dedahkan Isu Nadir Bumi - Saifuddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Kontroversi Dalam Soal Penggantian Acryl Sani - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad