web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Akan Terus Dedahkan Isu Nadir Bumi - Saifuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 8:00AM

Saofuddin Nasution Ismail - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan meneruskan siri pendedahan berhubung isu unsur nadir bumi (REE) meskipun sudah menerima notis undang-undang daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata ini kerana Muhammad Sanusi masih belum menjawab beberapa soalan yang sekali gus menimbulkan kemusykilan.

“Misalnya saya kata dua personaliti yang kebetulan merupakan warganegara China yang masuk ke sini melalui kemudahan yang diberikan oleh Menteri Besar kepada Menteri Dalam Negeri waktu itu.

“Ada suratnya dan hasil surat itu, kedua-dua orang ini masuk dan rekodnya adalah menjawat jawatan yang majikannya Perbadanan Menteri Besar Kedah. Dia kena jawab ini dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pentas Anak Muda N.01 Seberang Jaya di sini malam tadi.

Jumaat lepas, Saifuddin mengesahkan menerima notis undang-undang daripada Muhammad Sanusi berhubung isu REE dan menyatakan kesediaan beliau untuk bertemu di mahkamah.

Saifuddin, yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, meminta pengundi Pulau Pinang agar tidak melakukan eksperimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dengan mengundi parti politik baharu.

“Ini bukan eksperimen. Fokus kepada pembangunan yang telah dibawa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama 15 tahun yang juga menjaga kebajikan rakyat, meyakinkan pelabur luar dan menjaga keharmonian kaum,” katanya.

Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional itu berkata kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya adalah penting kerana bakal menyumbangkan satu kerusi kepada kerajaan negeri untuk kekal mentadbir di Pulau Mutiara itu.

Pada PRN kali ini, DUN Seberang Jaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Johari Kassim daripada Pakatan Harapan (PH) dan Izhar Shah Arif Shah yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Dr Afif Bahardin daripada PKR menang di DUN itu dengan meraih 16,014 undi menewaskan Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (BN) yang mendapat 8,593 undi dan Ahmad Rafaei Rashid (PAS) dengan 5,540 undi. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Nadir Bumi: Seorang Lagi Suspek Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Nadir Bumi: Pegawai Kanan MBI Direman 3 Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki