web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Lengkapkan Kertas Siasatan Langgar SOP Solat Aidiladha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 5:59PM

Polis menahan 49 lelaki termasuk 48 warga Bangladesh bagi membantu siasatan melanggar SOP dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka di Taman Pelangi, Juru, pada 20 Julai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan lebih 200 orang yang dilaporkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika solat sunat Aidiladha di surau Taman Pelangi, Juru dekat sini pada 20 Julai lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan kes itu juga telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan dan tindakan selanjutnya.

“Siasatan kes telah selesai dengan seramai 83 warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia 25 hingga 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan, namun kesemuanya diberi jaminan polis sementara menunggu keputusan dan tindakan selanjutnya daripada DPP,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Mohd Suhaily berkata polis menahan seramai 14 individu termasuk lapan wanita, bagi membantu siasatan dipercayai menyertai upacara keagamaan bagi menghormati kematian seorang ahli keluarga mereka, dalam kejadian di Bayan Lepas, dekat sini empat hari lepas.

Katanya selepas menerima maklumat berhubung tindakan sekumpulan individu menjalankan upacara keagamaan itu, polis menjalankan siasatan dan mengenal pasti 24 individu sebelum menahan 14 daripadanya, untuk siasatan lanjut.

“Semua mereka yang ditahan berusia 25 hingga 40 tahun dan merupakan ahli keluarga kepada si mati, sekarang ini kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada DPP untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Tular sejak semalam video berdurasi 23 saat yang memaparkan lebih 10 individu termasuk kanak-kanak mengadakan satu upacara keagamaan, dipercayai bagi menghormati kematian seorang ahli keluarga mereka di kawasan perumahan berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Polis Buka 54 Kertas Siasatan Berkaitan Penipuan Snuppee Mall

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut