web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buka 54 Kertas Siasatan Berkaitan Penipuan Snuppee Mall

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 8:46PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman membuka 54 kertas siasatan terhadap syarikat Snuppee yang didakwa menipu pengguna membabitkan kerugian bernilai lebih RM1 juta.

Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal mendapati syarikat iu mempromosikan platformnya untuk menjana pendapatan tambahan secara dalam talian.

"Individu yang berminat dikehendaki mendaftar dan membeli pakej ditawarkan serendah RM50 hingga RM13,700 dan melakukan tugasan yang diberikan.

"Nilai komisen yang diterima adalah berbeza berdasarkan pakej yang disertai. Pada akhir bulan lalu, syarikat berkenaan dikesan menawarkan 'cashback' sebanyak 80 peratus bagi setiap penambahan wang ke dalam akaun Snuppee," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohaimi berkata, tertarik dengan tawaran diberikan, ramai pengguna membuat pindahan wang kepada syarikat tersebut, namun pada 29 Januari lalu syarikat tersebut mengeluarkan notis mendakwa telah muflis dan menutup semua operasi mereka.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menggesa mana-mana individu yang telah menjadi mangsa skim penipuan itui untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

"PDRM komited dalam memastikan siasatan terhadap skim penipuan ini dilaksanakan dengan sewajarnya selaras peruntukan undang- undang agar penjenayah yang terlibat dapat ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan segera," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad