web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majlis Langgar SOP Sedang Disiasat - Arjunaidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 3:18PM

Tular video di media sosial menunjukkan sekumpulan wanita yang didakwa ahli BERSATU sedang menari tanpa penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Selangor sudah  memulakan siasatan berhubung penganjuran satu majlis di sebuah hotel di Glenmarie, Shah Alam, yang melanggar  prosedur operasi standard (SOP), seperti terpapar dalam sebuah video di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum tindakan selanjutnya diambil terhadap kes terbabit.

"Siasatan menjurus ke arah pelanggaran SOP seperti tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika majlis terbabit diadakan.

"Sebaik kertas siasatan lengkap, kami akan menyerahkannya kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2021.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 35 saat di media sosial dengan memaparkan sekumpulan wanita yang didakwa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedang menari tanpa penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

Video terbabit ibarat mencurah garam ke luka kepada rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan individu terbabit sedangkan sebilangan besar daripada rakyat terpaksa duduk di rumah berikutan penularan wabak COVID-19. - Getaran, 29 Julai 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad