web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Runtuhan Perancah Besi: Prasarana Arah Kontraktor Buat Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 8:00AM

Perancah besi struktur pembinaan projek LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang, telah runtuh semalam mengakibatkan seorang pekerja warga Bangladesh maut. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengarahkan kontraktor turnkeynya, MRCB George Kent Sdn Bhd, untuk menjalankan siasatan menyeluruh susulan insiden runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Bandar Bukit Tinggi, Klang semalam.

Prasarana, dalam satu kenyataan, berkata punca kejadian masih belum dapat dipastikan, dan kontraktor dikehendaki menyediakan laporan terperinci serta langkah-langkah mitigasi bagi memastikan kejadian itu tidak berulang pada masa depan.

“Kami percaya keselamatan adalah paling utama dan ia memerlukan perhatian dan komitmen menyeluruh daripada semua pihak yang terlibat untuk memastikan keselamatan tapak kerja secara keseluruhan adalah terjamin dan kami mematuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.

“Prasarana akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk untuk segera menjalankan siasatan kami  sendiri mengenai perkara itu serta menghulurkan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan menyeluruh dan bebas dapat dijalankan.

“Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada mereka yang terjejas dan takziah kepada keluarga si mati. Kami berdoa mereka yang mengalami kecederaan akan cepat sembuh dan akan memastikan kesejahteraan mereka dan keluarga mereka diutamakan,” menurut kenyataan itu.

Petang semalam, seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut dan empat lelaki dalam lingkungan umur 30-an mengalami cedera ringan selepas perancah besi itu runtuh di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut