web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesatuan Wakili Doktor Junior Bakal Ditubuh 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 5:39PM

Doktor-doktor kontrak mengambil bahagian dalam Hartal Doktor Kontrak pada 26 Julai lalu bagi memperjuangkan hak mereka terutama dari aspek kebajikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu kesatuan dalam kalangan doktor junior dirancang untuk ditubuhkan oleh gerakan Hartal Doktor Kontrak, sebagai platform memperjuangkan hak mereka, termasuk dari aspek tuntutan dan kebajikan golongan berkenaan.

Wakil gerakan itu, Dr Mustapha Kamal berkata, mereka bercadang untuk merealisasikan penubuhan kesatuan tersebut sebelum pembentangan Belanjawan 2022 di Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.

Menurutnya, wakil gerakan itu kini sedang dalam perbincangan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

“Setakat ini, tiada lagi kesatuan sebegini di Malaysia melainkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) namun ia membawa objektif berbeza.

“Penubuhan kesatuan ini akan memperkasakan lagi suara pegawai perubatan junior secara profesional seperti Persatuan Perubatan British (BMA) di United Kingdom (UK),” katanya kepada pemberita menerusi satu sidang media secara maya, hari ini.

Menjawab soalan apakah tindakan selanjutnya gerakan itu jika tuntutan mereka masih dipinggirkan kerajaan, Dr Mustapha berkata, mereka mungkin akan melancarkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 hujung tahun ini.

Katanya, perhimpunan, mogok atau tunjuk perasaan yang dilaksanakan adalah jalan terakhir bagi menyuarakan tuntutan mereka, memandangkan negara masih lagi berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya membabitkan pandemik COVID-19.

“Justeru, jika tuntutan kami masih lagi tidak diendahkan, kita mungkin akan melancarkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 namun prosesnya perlu diperhalusi semula, dengan mengambil kira perkembangan semasa pandemik dan sebagainya,” katanya.

Pada 26 Julai lalu, pegawai perubatan bertaraf doktor kontrak melakukan hartal di pusat perubatan masing-masing di seluruh negara dengan menuntut supaya kerajaan menyerap mereka menjadi pegawai perubatan tetap.

Ia adalah jalan untuk mereka melanjutkan pelajaran sekali gus bergelar pakar dalam bidang perubatan. - Getaran, 30 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut