web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Gentar Diambil Tindakan, Kempen Bendera Hitam Diteruskan Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 10:52AM

Perserta kempen Bendera Hitam berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek. - Gambar Mohd Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen mengibar Bendera Hitam yang  ‘dilaungkan’ di media sosial sejak awal Julai lalu, diteruskan hari ini dengan kira-kira 50 peserta berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek sejak pagi tadi. Jumlah berkenaan kemudiannya bertambah dari semasa ke semasa.

Dengan berpakaian serba hitam, mereka berarak ke persimpangan Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Peserta turut membawa sepanduk mendesak Dr. Noor Hisham berundur. - Gambar Mohd. Azim Abd. Rahman
Peserta turut membawa sepanduk mendesak Dr. Noor Hisham berundur. - Gambar Mohd. Azim Abd. Rahman

Selain daripada mengibarkan bendera hitam, peserta turut membawa bersama sepanduk yang mendesak peletakan jawatan barisan pemimpin dan mengkritik kepimpinan kerajaan.

Turut menjadi kritikan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Peserta berkumpul untuk berarak ke Dataran Merdeka. - Gambar Mohd Azim Abd. Rahman
Peserta berkumpul untuk berarak ke Dataran Merdeka. - Gambar Mohd Azim Abd. Rahman
Peserta berkumpul untuk berarak ke Dataran Merdeka.
Peserta berkumpul untuk berarak ke Dataran Merdeka.
Salah seorang peserta, berpakaian serba hitam, mengambil bahagian dalam kempen Bendera Hitam. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman
Salah seorang peserta, berpakaian serba hitam, mengambil bahagian dalam kempen Bendera Hitam. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman
Peserta yang terlibat dalam perarakan ini. - Gambar Sadiq Asyraf
Peserta yang terlibat dalam perarakan ini. - Gambar Sadiq Asyraf
Seorang peserta wanita mengangkat kain rentang menggesa kerajaan mendengar keluhan dan tangisan rakyat. - Gambar Sadiq Asyraf
Seorang peserta wanita mengangkat kain rentang menggesa kerajaan mendengar keluhan dan tangisan rakyat. - Gambar Sadiq Asyraf
Salah seorang peserta melaungkan `hidup rakyat' dalam perarakan di Stesen LRT Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka. - Gambar Sadiq Asyraf
Salah seorang peserta melaungkan `hidup rakyat' dalam perarakan di Stesen LRT Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka. - Gambar Sadiq Asyraf

Mereka melaungkan slogan 'Hidup Rakyat' di Stesen LRT Masjid Jamek. Polis yang berada di situ telah mengarahkan semua peserta menjaga penjarakan fizikal dan penganjur turut menggunakan khidmat marshal bagi mengawal suasana.

Polis menyoal Muhammad Alshatri
Polis menyoal Muhammad Alshatri

Polis juga turut dilihat menyoal aktivis Misi Solidariti, Muhammad Alshatri di Stesen Masjid Jamek.

Tian Chua turut hadir dengan berpakaian serba hitam.
Tian Chua turut hadir dengan berpakaian serba hitam.

Pengasas bersama MUDA, Amir Abd Hadi tiba turut kelihatan di LRT Masjid Jamek. Turut sama ialah anggota Suhakam dan pemerhati daripada Majlis Peguam.

Polis turut menggunakan dron dan helikopter bagi memantau Kempen Bendera Hitam. - Gambar media sosial
Polis turut menggunakan dron dan helikopter bagi memantau Kempen Bendera Hitam. - Gambar media sosial
Peserta turut membawa `bungkusan' mayat sebagai simbolik nyawa yang terkorban akibat COVID-19. - Gambar Syeda Imran
Peserta turut membawa `bungkusan' mayat sebagai simbolik nyawa yang terkorban akibat COVID-19. - Gambar Syeda Imran

Sementara itu, laluan masuk ke Dataran Merdeka telah ditutup oleh pihak berkuasa, menyebabkan kumpulan peserta duduk di tengah jalan, berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad.

Peserta duduk di tengah jalan selepas dihalang memasuki Dataran Merdeka. - Gambar Syeda Imran
Peserta duduk di tengah jalan selepas dihalang memasuki Dataran Merdeka. - Gambar Syeda Imran

Selepas lebih sejam berhimpun, peserta Kempen Bendera Hitam bersurai. Sementara Ashraf Sharafi dari Sekretariat Solidariti Rakyat turut mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana berhimpun dengan aman dan mematuhi semua peraturan ditetapkan - Getaran, 31 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad