web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga China Parah Jatuh Bangunan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 3:49PM

Seorang lelaki warga China mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat 5 sebuah bangunan di tapak pembinaan K Avenue, Cybercity, Penampang, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Seorang pekerja kontrak warga China parah selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan tapak pembinaan K Avenue, Cybercity, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan tersangkut di tingkat empat dan mengalami kecederaan parah pada tulang rusuk, kaki serta kepala.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 8.34 pagi.

"Sepasukan 11 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa berjaya dibawa turun sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim menerusi kenyataan media mengesahkan kejadian tersebut.

"Berdasarkan maklumat awal dari pihak hospital, mangsa mengalami patah tulang rusuk dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai mangsa memandangkan polis belum menerima sebarang laporan daripada majikan mangsa, sehingga, tengah hari tadi," katanya. - Getaran, 31 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut