web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,270 Penduduk, Penggiat Pelancongan, Pekerja Pulau Redang Terima Dos Pertama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 9:05PM

2 penduduk di Pulau Redang mendapatkan suntikan vaksin menerusi program Outreach Imunisasi COVID- 19 PICK di Kuala Nerus, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Seramai 1,270 penduduk dan pemain industri pelancongan di Pulau Redang menerima dos pertama vaksin menerusi program Outreach Imunisasi COVID- 19 PICK di sini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Fadli Yusof Zakaria berkata, program itu turut melibatkan seramai 167 warga asing yang bekerja di pulau tersebut.

Ujarnya, program vaksinasi itu sebagai persediaan pelaksanaan gelembung pelancongan yang menyaksikan pulau peranginan tersebut akan kembali dibuka kepada pelancong.

“Menerusi program outreach ini, penduduk serta para penggiat industri yang terdiri daripada pengusaha, pekerja hotel dan resort serta pemandu bot akan menerima suntikan vaksin mereka.

“Ini dapat memberi keyakinan kepada pelancong untuk datang bercuti ke Pulau Redang menerusi gelembung pelancongan domestik,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata program outreach di Pulau Redang yang diadakan selama dua hari sejak semalam itu adalah kerjasama Jabatan Pelancongan bersama kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Menurut Fadli, pihaknya turut merancang mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin PPV Khas kepada penggiat pelancongan terutama kepada pekerja hotel di Terengganu.

Jelasnya pihaknya sudah membawa cadangan itu kepada kerajaan negeri dan Pejabat Kesihatan.

“Kita rasa ada keperluan untuk mewujudkan PPV Pelancongan ini yang kita akan sasarkan kepada pemain industri terutama kepada pekerja hotel.

“Sasaran kita mahu memberi vaksin kepada semua pemain industri supaya sektor pelancongan yang terkesan teruk kerana pandemik COVID-19 dapat dipulihkan semula,” katanya.

Katanya lagi, pihak juga tidak menolak kemungkinan Pulau Redang akan dapat beroperasi semula pada September.

“Kita memang merancang untuk kembali beroperasi pada September namun ia tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. - Getaran, 31 Julai 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad