web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Sampel Kes COVID Di Parlimen Mungkin Varian Delta - Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:06AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat sampel genom berkaitan kes positif COVID-19 di Parlimen hasil saringan pada 29 Julai lepas berkebarangkalian besar adalah varian Delta, berdasarkan penyebaran varian semasa di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran terkini di Facebook rasminya berkata sampel ini yang diterima Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh menunjukkan  kepositifan dengan nilai CT yang rendah.

“Kami melakukan satu cerakin pengenotipan PCR (tindak balas rantai polimerase) yang boleh memberikan keputusan andaian untuk varian yang membimbangkan (VOC) atau yang perlu diberi perhatian (VOI)  dengan penjujukan genom penuh (WGS) mengambil masa lapan hingga 14 hari untuk dilengkapkan.

''Bagi kepentingan kesihatan awam sementara menanti keputusan WGS, IMR melakukan satu cerakin pengenotipan  (Pengenotipan  Allplex SARS-CoV-2 Variants II) yang menggunakan platform PCR masa nyata dan boleh memberikan keputusan andaian untuk varian yang membimbangkan (VOC) atau perlu diberi perhatian (VOI) dalam tempoh empat jam,” katanya.

Dari cerakin pengenotipan itu, Dr Noor Hisham berkata IMR mengesan dua mutasi utama dalam semua empat kes, menunjukkan andaian positif bagi varian Delta atau Kappa. 

“Berdasarkan penyebaran varian semasa di Malaysia, ia berkemungkinan besar varian Delta,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, berdasarkan kajian klinikal di luar negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1,200 kali lebih tinggi berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (bukan-VOC).

Oleh itu, beliau berkata penjujukan genom penuh (WGS) akan dijalankan bagi pengesahan selanjutnya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut