web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sidang Ditangguh, MP Pembangkang Berhimpun Di Dataran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 12:57PM

107 Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka untuk berarak ke Parlimen, selepas sidang khas Dewan Rakyat yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan susulan COVID-19. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 107 Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka untuk berarak ke Parlimen selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) menutup Dewan Rakyat dengan alasan COVID-19.

Bagaimanapun, pergerakan kumpulan diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disekat Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkumpul di bulatan Bank Negara Malaysia (BNM).

Tinjauan Getaran juga mendapati semua laluan utama untuk menuju ke bangunan Parlimen ditutup polis sejak awal pagi tadi.

Antara Ahli Parlimen yang dilihat di lokasi antaranya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mereka berkumpul di Dataran Merdeka untuk meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakan kerajaan PN yang disifatkan sebagai penderhaka, kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong apabila membatalkan Ordinan Darurat tanpa memperoleh perkenan Baginda.

Anwar cuba berunding dengan pihak polis untuk memasuki Parlimen namun gagal. - Gambar Sadiq Asyraf
Anwar cuba berunding dengan pihak polis untuk memasuki Parlimen namun gagal. - Gambar Sadiq Asyraf

Cubaan Anwar untuk berunding dengan pihak polis agar mereka dibenarkan berarak ke bangunan Parlimen bagaimanapun menemui kegagalan, apabila dihalang Ketua Polis Daerah Dang Wangi (OCPD).

“OCPD mendapatkan arahan menurut Akta Polis untuk menahan walaupun ada keputusan Parlimen membolehkan kita (ke pejabat masing-masing di Parlimen) dan ini usul yang kita sampaikan kepada Ketua Polis Negara tetapi Speaker Dewan Rakyat tidak menyampaikan hal yang sedemikian.

“Jadi yang melakukan pengkhianatan ini termasuklah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun,” katanya kepada media.

Menurut beliau, Ahli Parlimen pembangkang hari ini berkumpul untuk menyatakan beberapa pendirian, termasuk PN telah hilang keabsahan dan melanggar Perlembagaan.

FRU membuat sekatan jalan memasuki Parlimen. - Gambar Sadiq Asyraf
FRU membuat sekatan jalan memasuki Parlimen. - Gambar Sadiq Asyraf

Kerajaan PN juga jelasnya, melarang Ahli Parlimen menjalankan tugas masing-masing dan melakukan penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kami di sini sebagai rakyat yang taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan mahu tunduk kepada Perlembagaan serta membela nasib rakyat.

“Rakyat sedang terkorban dan menderita kerana kegagalan kerajaan. Kerajaan hilang sokongan, gagal menjalankan tugas tetapi terus bertahan untuk pegang kuasa,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mendakwa, terdapat sebilangan Ahli Parlimen dari blok kerajaan yang menulis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menukar sokongan mereka.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun bersurai kira-kira jam 11 pagi selepas gagal memperoleh kebenaran pihak polis untuk berarak ke Parlimen. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

4

Politik 7 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut