web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunyi Tembakan Disangka Tayar Pecah, Penduduk Cemas Insiden Serangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 8:50PM

Anggota tentera Thailand membuat rondaan menggunakan bot di Sungai Golok susulan kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Penduduk beberapa kampung berdekatan Sungai Golok gempar awal pagi tadi, apabila mendengar bunyi tembakan dan letupan bom.

Ia dipercayai berpunca dari serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata ke atas pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat pada jam 2.20 pagi (waktu tempatan) tadi.

Antara kampung yang mendengar letupan serta tembakan itu termasuk Kampung Kubang Pak Hitam, Kampung Bakong dan Kampung Mok Ngibi.

Penduduk Kampung Mok Ngibi, Siti Rokiah Ahmad, 63, berkata, dia mendengar beberapa bunyi letupan yang kuat sekitar jam 3 pagi, sehingga menyebabkan rumahnya bergegar.

Katanya, sebaik mendengar bunyi itu dia terjaga dari tidur dan beranggapan ada tayar lori yang pecah, akibat kerja-kerja pembinaan jalan berhampiran rumahnya.

"Sangkaan saya bagaimanapun meleset kerana bunyi itu adalah tembakan dan letupan yang berlaku di negara jiran.

"Saya sekeluarga hanya duduk di dalam rumah kerana bimbang dengan keselamatan diri, memandangkan rumah kami berada sangat dekat dengan Sungai Golok iaitu sekitar 50 meter sahaja," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Anggota Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) membuat kawalan keselamatan di Pos Pengkalan Pulau, Rantau Panjang di sini, hari ini.
Anggota Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) membuat kawalan keselamatan di Pos Pengkalan Pulau, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Tinjauan di Pos Pengkalan Pulau pula mendapati, kawasan itu dikawal ketat anggota Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) manakala askar dan polis Thailand mengawasi kawasan di sepanjang Sungai Golok.

Penduduk Kampung Kubang Pak Hitam, Ishak Muhammad, 50, pula berkata, dia turut mendengar bunyi letupan tersebut pagi tadi.

"Saya tidak dapat tidur selepas mendengar letupan selama kira-kira 15 minit kerana risau dengan keselamatan diri.

"Sebaik siang, saya dimaklumkan oleh penduduk kampung bahawa berlaku tembakan di negara jiran," katanya.

Media sebelum melaporkan, seorang anggota renjer maut manakala empat lagi parah dalam satu serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira jam 2.20 pagi ini (waktu tempatan).

Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata, kumpulan lelaki bersenjata terbabit melontar sekurang-kurangnya 10 butir bom paip dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pos kawalan itu yang dikawal lapan anggota renjer. - Getaran, 3 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut