web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permohonan MyTravelpass Meningkat Berbanding Tahun Lepas - KP Imigresen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 7:50AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah permohonan kebenaran untuk masuk atau keluar dari negara ini bagi warganegara dan warga asing menerusi sistem MyTravelpass, Jabatan Imigresen Malaysia pada tahun ini meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata sebanyak 111,722 permohonan diterima jabatan itu dalam tempoh antara Januari hingga 31 Julai 2021 berbanding 85,715 permohonan dalam tempoh sama, tahun lepas.

“Peningkatan ini saya kaitkan dengan keputusan kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada golongan peniaga atau pelabur, selain urusan kerajaan, latihan bersama ketenteraan serta urusan kecemasan.

“Pelbagai faktor yang menyebabkan permohonan ditolak seperti didapati tidak mempunyai keperluan mendesak untuk pemohon memasuki atau keluar dari negara ini,” katanya dalam program Bicara Naratif yang disiarkan di RTM malam tadi.

Selain itu, Khairul Dzaimee berkata pemohonan akan ditolak sekiranya pemohon datang dari lima negara yang dikenal pasti mempunyai kes COVID-19 yang tinggi, termasuk India, Sri Lanka, Pakistan, Nepal dan Bangladesh, seperti yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

 Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan beberapa kes pemohon didapati menggunakan kelulusan MyTravelpass klon dengan kelulusan tidak diperoleh daripada jabatan tersebut.

“Sampai di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pegawai Imigresen telah membuat pemeriksaan dalam sistem dan mereka dikenakan notis Tolak Kemasukan (Not-To-Land) dan akan dihantar pulang dengan penerbangan seterusnya.

“Ada juga pemohon yang mengemukakan permohonan tidak sah contohnya memberi alasan melawat tapak kilang projek tetapi semakan dengan pihak tertentu mendapati permohonan itu tidak ada atau wujud,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut