web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Legenda Negara Dimasyhur Sebagai Anggota Kelab Abad FIFA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 8:30AM

Kemas kini terbaharu FIFA bermakna kini terdapat tujuh legenda bola sepak negara berada dalam senarai itu. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat legenda bola sepak negara termasuk bekas pertahanan skuad kebangsaan Datuk Soh Chin Ann yang disahkan sebagai pemain memiliki penampilan antarabangsa terbanyak, diisytihar sebagai anggota terbaharu Kelab Abad Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari semalam selepas menerima pengesahan dari FIFA, menerusi kemas kini terbaharu terhadap keanggotaan Kelab Abad FIFA yang dikhaskan untuk pemain yang mencatat 100 penampilan antarabangsa ke atas.

Kemas kini terbaharu itu bermakna kini terdapat tujuh legenda bola sepak negara berada dalam senarai itu.

Tiga lagi yang menjadi anggota terbaharu dari Malaysia menyertai senarai berprestij berasaskan statistik rasmi FIFA dengan kerjasama badan mengumpul statistik melibatkan persatuan bola sepak, RSSSF itu terdiri daripada Zainal Abidin Hassan, mendiang Datuk M Chandran dan Datuk Santokh Singh.

Chin Ann disahkan memiliki 195 penampilan di peringkat antarabangsa meskipun jumlah aksi yang dicatat oleh FAM adalah sebanyak 252, namun FIFA hanya mengiktiraf perlawanan kategori A melibatkan anak jati Melaka itu, yang kini berusia 71 tahun.

“Terima kasih FIFA dan FAM atas pengiktirafan ini. Saya berasa cukup terharu atas pengesahan rekod ini … menjadi pemain dengan jumlah penampilan paling banyak dunia adalah penghargaan tertinggi buat saya,” kata Chin Ann dipetik dalam kenyataan itu.

Jumlah penampilan Chin Ann mengatasi rekod Ahmed Hassan dari Mesir yang mengumpul 184 penampilan, Bader Al Mutawa dari Kuwait (181) dan Ahmed Mubarak dari Oman (180).

Satu-satunya pemain masih aktif yang berada dalam kelompok 10 pemain dengan penampilan terbanyak adalah ketua pasukan Portugal Cristiano Ronaldo yang mengumpul 173 penampilan sehingga Mac lepas.

Sebelum ini, tiga pemain bola sepak iaitu Datuk Abdul Shukor Salleh yang mempunyai 163 penampilan antarabangsa, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari (138) dan mendiang Datuk R Arumugam (131) telah diberi pengiktirafan menganggotai Kelab Abad FIFA.

Sementara itu, Zainal Abidin, 58, yang menyarung jersi negara selama 17 tahun menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghormatan.

“Bukan mudah untuk diisytiharkan sebagai anggota senarai pemain yang mengumpul 100 ‘caps’ di peringkat dunia. Saya menganggap ia sebagai ganjaran kepada pengorbanan serta khidmat bakti saya sepanjang hampir dua dekad mewakili negara,” katanya.

Sementara itu, meskipun jumlah penampilan Abdul Shukor dalam catatan FAM ialah 215, beliau menganggap menjadi anggota Kelab Abad FIFA dengan jumlah rasmi 163 penampilan sebagai pengiktirafan tertinggi.

“Ia bukan sekadar statistik. Ia bukti bahawa saya antara kelompok pemain yang menyumbang bakti kepada negara,” jelasnya yang bakal menyambut ulang tahun ke-73, Disember ini.

Berikut merupakan tujuh pemain negara diiktiraf dalam Kelab Abad FIFA:

1. Datuk Soh Chin Ann - 195 penampilan

2. Datuk Abdul Shukor Salleh - 163 penampilan

3. Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari - 138 penampilan

4. Mendiang Datuk R Arumugam - 131 penampilan

5. Zainal Abidin Hassan - 116 penampilan

6. Mendiang Datuk M Chandran - 115 penampilan

7. Datuk Santokh Singh - 100 penampilan

- Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut