web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Masih Ada Sokongan - Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 1:58PM

Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan atas talian. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin masih diberi kepercayaan majoriti oleh barisan Ahli Parlimen untuk terus mentadbir negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keabsahan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara akan ditentukan melalui Parlimen.

Menurut beliau, satu usul undi percaya kepada beliau akan dibentangkan dalam sidang berkenaan September depan.

“Melalui cara ini kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan PN untuk memerintah akan ditentukan melalui lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya dalam pengumuman khas selepas majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.

Muhyiddin berkata, cadangan berkenaan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.

Perjumpaan Muhyiddin dengan Seri Paduka Baginda pada hari ini adalah rentetan daripada penarikan semula sokongan UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) semalam.

Muhyiddin mendedahkan, beliau semalam telah menerima satu perutusan daripada baginda, berhubung penarikan sokongan terhadap PN oleh lapan Ahli Parlimen UMNO.

“Sehubungan itu, saya dititahkan untuk menghadap Seri Paduka Baginda pada pukul 11 pagi hari ini.

“Dalam majlis tersebut, saya mempersembahkan maklumat kepada Seri Paduka Baginda bahawa saya menerima sejumlah surat akuan yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Parlimen,” katanya.

Selaras dengan itu tegas Muhyiddin, isu peletakan jawatan di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit.

Turut didedahkan adalah cubaan segelintir pihak tidak dinamakan yang cuba mendesak beliau agar mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu kerana sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka,” katanya. - Getaran, 4 Ogos, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad