web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ain Husniza Dan Keluarga Disaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 8:54PM

Ain Husniza - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gadis yang menjadi bualan ramai kerana keberanian mendedahkan jenaka rogol dibuat gurunya pada April lalu, Ain Husniza Saiful Nizam berdepan tindakan saman selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab menerusi ciapan di Twitter berkata, keluarganya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung, sekitar dua jam lalu.

“Atas nasihat peguam, kami tidak akan memberikan sebarang komen setakat ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya,” jelas Saiful Nizam.

Ain Husniza bagaimanapun mendedahkan, surat tuntutan itu memperincikan beberapa perkara, antara lain menuntut dia menjelaskan ganti rugi berjumlah RM1,000,000 dalam tempoh tujuh hari.

“Emosi Ain sangat tak stabil (ini) yang buat Ain tak aktif post dalam socmed. Tengah dalam kelas online dapat surat macam ini,” katanya dalam satu ciapan.

Ain Husniza bangkit melancarkan kempen kesedaran #MakeSchoolASaferPlace di media sosial selepas berdepan jenaka rogol yang dibuat guru sekolahnya.

Kempen tersebut malangnya menjadikan keselamatan remaja 17 tahun itu lebih terancam, apabila turut menerima ugutan rogol seorang rakan sekolah.

Bimbang dengan keselamatan diri, Ain mengambil keputusan untuk tidak hadir ke sekolah selama dua minggu, menyebabkan 
dia diberi amaran akan dibuang sekolah jika berterusan gagal menhadirkan diri.

Dia turut menjadi mangsa buli siber apabila dihambur dengan kata-kata kesat di ruang komen pada satu hantaran Facebooknya. – Getaran, 4 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad