web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Derita Penduduk, Gangguan Bekalan Air Hingga Minggu depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 8:00AM

Penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada lori tangki susulan ganguan bekalan air sejak Ahad lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Gangguan bekalan air membabitkan 28,700 pengguna di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dijangka berlarutan sehingga minggu depan.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamad Puteh berkata, ia susulan kerja-kerja baikpulih paip utama di dasar Sungai Terengganu yang hanya akan dapat disiapkan seawal 11 Ogos ini.

"Kita berdepan cabaran kerja-kerja baik pulih yang agak sukar dilakukan dengan kedalaman sungai sehingga 10 meter dan kenderaan dalam air (ROV) diperlukan untuk mengesan kerosakan paip utama itu.

"Namun kita tidak dapat beri jaminan bila bekalan air akan pulih sepenuhnya dan cuba ikhtiar sekiranya tiada kerosakan lain, paling cepat tujuh hari lagi," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Syarikat Air Terengganu (SATU), semalam.

Mamad berkata, SATU sudah memulakan operasi pengagihan air bersih ke semua kawasan terlibat termasuk dengan melakukan penghantaran 20 lori tangki bergerak dan menyediakan 66 tangki statik. 

Beliau memberitahu, SATU turut menerima bantuan daripada operator air negeri lain seperti Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Air Kelantan (AKSB), Lembaga Air Perak (LAP), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Johor (SAJ), Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)  dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Penambahan sebanyak 34 tangki akan dibuat segera dan ditempatkan secara berperingkat dalam memastikan semua penduduk yang terjejas memperolehi bekalan air.

“Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertatkan (PKPD), kami akan cuba mendapatkan sedikit kelonggaran untuk memudahkan bekalan air disalurkan kepada penduduk terjejas di kawasan berkenaan," katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap semua penduduk yang terjejas iaitu seramai 28,700 pengguna bersabar dalam menghadapi krisis air terbesar itu.

Pada masa sama Mamad berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan terperinci untuk melihat apakah benar kerosakan paip berusia 15 tahun itu berpunca daripada aktiviti mengorek pasir di kawasan berkenaan, seperti didakwa sebelum ini.

Penduduk Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menghadapi gangguan bekalan air sejak Ahad lepas.

SATU dalam kenyataan sebelum ini berkata, masalah gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan pam bersaiz 1,200 milimeter, yang pecah di dasar Sungai Terengganu. - Getaran, 6 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut