web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPVIN Midlands Ditutup Hari Ini - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 9:30AM

PPVIN ditutup hari ini selepas tular video yang memaparkan orang ramai beratur panjang tanpa mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar pusat berkenaan, baru-baru ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, dekat sini akan ditutup sehari, hari ini bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin.

"Pihak pengurusan PPVIN berkenaan yang membuat keputusan (berhubung penutupan PPVIN)," kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib ringkas ketika dihubungi pemberita menerusi WhatsApp.

Beliau turut mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.

Media semalam melaporkan pekerja asing dikatakan diarah meninggalkan lokasi PPVIN di Seksyen 7, dekat sini, petang Khamis selepas beratur panjang hingga ke luar kawasan pusat berkenaan untuk menerima vaksin.

Pihak penyelaras PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan itu berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut