web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terburu-buru Longgarkan Pergerakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 4:17PM

Dr Hishamshah Mohd Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing tidak sewajarnya diberikan kelonggaran pergerakan, walaupun selepas mencapai 40 peratus liputan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, ketetapan berhubung perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, keputusan dalam hal ini tidak boleh dibuat terburu-buru dan perlu memikirkan jangka masa panjang.

“Kita melihat contoh negara-negara luar seperti di Israel dan Kesatuan Eropah, kebanyakan menyaksikan peningkatan kes selepas memberikan kelonggaran pergerakan kepada rakyat mereka.

“Jadi kita tidak mahu perkara tersebut berlaku di Malaysia,” katanya pada satu sidang media khas Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr Hishamshah bagaimanapun berkata, keputusan tersebut akan dinilai sebelum keputusan mengenainya dibuat kerajaan.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 akan dibuat hari ini atau esok.

Muhyiddin berkata, penilaian mengenai perkara itu masih di peringkat akhir.

"Kelonggaran dan keputusan yang akan diberikan seperti rentas negeri atau daerah, kebenaran berjumpa ibu-bapa, suami-isteri yang terpisah atau anak. 

"Sektor sosial seperti 'dine in' (makan di kedai makan) juga akan diputuskan sehari dua ini," katanya. - Getaran, 6 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad