web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Perarakan, 5 Lagi Ahli Parlimen Selesai Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 7:59PM

5 lagi Ahli Parlimen selesai memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini susulan perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen, pada Isnin lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima lagi Ahli Parlimen pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Delihan Yahaya ketika dihubungi berkata mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kula Segaran, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai) dan Gobind Singh Deo (Puchong). 

Pada 4 Ogos lepas enam Ahli Parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan, manakala semalam tiga lagi turut berbuat demikian.

Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut