web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Rakan Muda Comfort Room’ Tawar Khidmat Kesihatan Mental Pada Belia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 7:41AM

Rakan Muda Comfort Room turut berfungsi sebagai pusat sokongan kesihatan mental dan menjadi program intervensi awal dan melaksanakan aktiviti kumpulan sokongan kepada remaja yang terkesan semasa pandemik. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui program ‘Rakan Muda Comfort Room’ menawarkan perkhidmatan kesihatan mental kepada belia yang terkesan, sepanjang tempoh atau pasca pandemik.

Timbalan menterinya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, antara perkhidmatan ditawarkan oleh Rakan Muda Comfort Room adalah, sebagai pusat sokongan kesihatan mental dan juga program intervensi awal, penilaian kesihatan mental, aktiviti kumpulan sokongan- ‘Circle Time’ serta ceramah dan program kesedaran kesihatan mental.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata Rakan Muda Comfort Room akan beroperasi secara harian, sama ada secara dalam talian atau bersemuka, bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 “Sehubungan itu, saya mempelawa anak muda di Kuala Lumpur dan sekitarnya, untuk memanfaatkan perkhidmatan yang bakal disediakan ini,” katanya ketika merasmikan Forum Kesihatan Mental Young Minds: Time To Act secara maya di sini.

Katanya program dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) itu, adalah manifestasi sinergi yang baik antara kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, bagi memberi sokongan kepada anak muda di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya kesihatan mental bukanlah suatu topik yang baharu, namun menjadi semakin menekan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak hujung tahun 2019.

“Lebih membimbangkan apabila kajian menunjukkan pada tahun 2020, masalah kesihatan mental merupakan masalah kedua terbesar yang akan membunuh rakyat Malaysia. Sebanyak 1,738 kes bunuh diri dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 hingga Mei lalu.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan untuk berkolaborasi dengan KBS berkaitan kesihatan mental, untuk membantu masyarakat dalam situasi sukar ketika ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad