web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penerima Vaksin COVID-19 Tidak Digalak Jalani Ujian Antibodi - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 2:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjalankan ujian antibodi untuk vaksin COVID-19 kerana masih tiada garis panduan klinikal dikeluarkan mengenai perkara itu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata seperti mana garis panduan dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat serta amalan di negara lain, ujian tersebut adalah tidak digalakkan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) bakal keluarkan kenyataan dalam masa terdekat (mengenai perkara itu).

“Masih tidak ada garis panduan klinikal untuk ujian antibodi mana yang boleh hasilkan keputusan yang tepat,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Persada PLUS, hari ini.

Menurut Khairy, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagaimanapun sedang menjalankan kajian mendalam mengenai kesan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas sistem imun dan hasil kajian akan diumumkan kepada orang ramai.

Sementara itu, susulan kejayaan operasi lonjakan kapasiti di Lembah Klang dengan 98 peratus daripada penduduk dewasanya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat 1 Ogos, Khairy berkata tumpuan kini diberikan kepada negeri-negeri yang sedang menyaksikan peningkatan kes harian.

Khairy berkata esok beliau akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta memberi taklimat kepada kerajaan negeri Johor mengenai perancangan dalam memastikan peningkatan kes di negeri itu dapat dikawal melalui pelbagai strategi vaksinasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata Malaysia kini mendahului senarai vaksinasi harian per kapita di seluruh dunia namun dengan bekalan vaksin yang masih terhad, pemberian optimum negara sukar untuk melepasi kadar semasa 400,000 hingga 500,000 dos vaksin sehari.

“Bukan semua bekalan vaksin kita telah sampai. Bila kita beli, bekalan vaksin akan tiba dari minggu ke minggu, penghantaran mingguan. Jadi, sangat sukar untuk melepasi itu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad