web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UPSI Tawar Azizulhasni Awang Biasiswa Lanjutkan Pengajian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 5:38PM

Azizulhasni bergambar bersama pingat perak Olimpik Tokyonya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan biasiswa dan jawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan kepada atlet berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berikutan kejayaannya meraih pingat perak untuk negara dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI menawarkan peluang melanjutkan pengajian dan jawatan pensyarah kepada Azizulhasni pada bila-bila masa sahaja sama ada selepas Sukan Olimpik Tokyo mahupun Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata tawaran itu membolehkan beliau melanjutkan pengajian secara Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)  iaitu menerusi laluan pengalaman secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal tertinggi sekali gus memberi peluang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu.

"Tawaran ini adalah sebagai tanda penghormatan terhadap kecemerlangan luar biasa Azizulhaani yang sentiasa menjadi aspirasi dan motivasi kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Kehadiran Azizulhasni ke UPSI pastinya dapat membantu negara dalam memantapkan pembangunan sukan berbasikal trek dan menjadi inspirasi kepada mahasiswa yang bakal menjadi guru dan jurulatih sukan di sekolah-sekolah di Malaysia mahupun antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo hari ini selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu.

Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini pernah meraih gangsa di Olimpik Rio 2016 dalam acara sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut