web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Ditemui Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 4:24PM

Pemandu lori Wan Mohd Rudi Mohd Yusoff, 34, dikatakan tidak sedar dari tidur dan disahkan meninggal dunia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Seorang pemandu lori ditemui meninggal dunia dalam kenderaannya yang diletakkan di tepi jalan di Kampung Tok Gebuk Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Adli Mat Daud berkata anggotanya menerima panggilan dari orang awam kira- kira jam 10.25 pagi tadi berhubung penemuan berkenaan.

“Kematian mangsa telah disahkan oleh pegawai perubatan petugas dari Klinik Kesihatan Ajil kira- kira jam 10.55 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai Wan Mohd Rudi Mohd Yusoff, 34, mengadu sesak nafas kepada kelindannya semasa dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang.

Mohd Adli berkata, mereka kemudiannya berhenti dan bermalam di lokasi kejadian sekitar jam 2 pagi untuk menunggu kedai tayar dibuka bagi urusan penukaran tayar.

“Mangsa bagaimanapun didapati tidak bangun dari tidur,” katanya.

Mohd Adli berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk ujian calitan COVID-19 dan bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 9 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad