web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Imam Besar Masjid Negara Diumum Tokoh Maal Hijrah 2021

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 8:32PM

Syaikh Ismail Muhammad (kiri) diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan manakala  As-Syeikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa dinamakan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. - Gambar dari Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021/1443 Hijrah.

Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islamiy Makkah Al-Mukarramah, yang juga Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, As-Syeikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pengumuman kedua-dua tokoh dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Zulkifli berkata pemilihan kedua-dua tokoh dibuat berdasarkan sumbangan besar mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringat nasional dan antarabangsa .

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh masing-masing menerima hadiah wang tunai, pingat dan sijil penghargaan.

Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini disambut secara sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19. 

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad