web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pegawai Timbalan Menteri Meninggal Dunia Akibat COVID

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 5:30PM

Jaimin Samitah - Gambar dari Facebook Solidariti Anak Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Guandee Kohoi telah meninggal dunia akibat COVID-19, kira-kira jam 4 petang, semalam.

Datuk Jaimin Samitah, 63, dipercayai dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos lalu, iaitu selepas disahkan positif COVID.

Menurut setiausaha sulit utama Guandee, Ardino Diris, kali terakhir beliau bertemu Jaimin adalah pada 30 Julai lalu dan ketika itu Jaimin mengadu sakit tekak, selepas membuat ujian saringan COVID-19 di Kuala Lumpur.

Semua ujian swab yang dibuat itu menunjukkan keputusan negatif.

Mereka berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang khas Parlimen yang berlangsung mulai 26 hingga 29 Julai 2021, lapor The Vibes.

“Kami sepatutnya pulang ke Kota Kinabalu pada 2 Ogos tetapi terpaksa tinggal di Kuala Lumpur. Beliau tinggal di rumah anaknya,'' kata Ardino.

Jelasnya, mereka dimaklumkan bahawa Jaimin positif COVID-19 selepas tiba di Sabah.

Ardino percaya Jaimin dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos. Ardino dan beberapa yang lain termasuk Guandee telah diarahkan menjalani ujian swab sekali lagi hari ini.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan, memaklumkan sebanyak 85 kes positif dikesan di Parlimen hasil saringan menggunakan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

Katanya, 56 kes dikenal pasti melalui saringan sebelum Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan empat lagi ialah kes kontak rapat.

Berikutan itu sidang khas Dewan Rakyat telah ditangguhkan sehingga tarikh yang ditetapkan kelak susulan penularan virus COVID-19. - Getaran, 10 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad