web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tabung Oksigen Terbakar, Pesakit Wad Isolasi Melecur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 10:16PM

Seorang pesakit melecur selepas tabung oksigen di dalam sebuah wad terbakar kira-kira 7.45 petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SLIM RIVER - Seorang pesakit lelaki yang sedang dirawat di sini melecur di bahagian tangan selepas tabung oksigen di dalam wad berkenaan terbakar.

Difahamkan, mangsa yang berusia lingkungan 48 tahun melecur sehingga sembilan peratus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.42 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi kejadian.

Keadaan di dalam wad isolasi di sebuah hospital di Slim River yang terbakar.
Keadaan di dalam wad isolasi di sebuah hospital di Slim River yang terbakar.

Katanya, sebaik tiba anggota mendapati berlakunya kebakaran tabung oksigen di wad isolasi yang sudah dipadamkan petugas hospital menggunakan alat pemadam api.

“Anggaran kemusnahan sebanyak lima peratus dan kebakaran itu sudah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh kakitangan hospital.

“Anggota kemudiannya membuat pemantauan bagi memastikan tiada punca lain yang boleh menyebabkan kebakaran daripada berlaku,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, pihaknya difahamkan seorang pesakit yang dirawat di wad berkenaan mengalami kecederaan dan sudah menerima rawatan.

Katanya, anggota kemudiannya menamatkan operasi jam 8.55 malam selepas memastikan tiada lagi punca kebakaran. - Getaran, 10 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut