web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banteras COVID-19, Komuniti Pala’uh Terima Vaksin CanSino

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 7:46AM

Sekitar program vaksinasi di Dewan Masyarakat Kunak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUNAK - Kunak dijangka menerima 10,000 dos tunggal vaksin CanSino untuk penduduk bukan warga negara dengan keutamaan kepada komuniti Pala’uh.

Pegawai Kesihatan Daerah Kunak Dr Izaidi Salman Yazid berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan gaya hidup nomad komuniti berkenaan yang sentiasa berpindah randah.

Menurut beliau, pemberian vaksin tunggal ini akan memudahkan proses vaksinasi terhadap komuniti berkenaan berbanding dua dos seperti dilaksanakan sekarang.

Dr Izaidi Salman Yazid
Dr Izaidi Salman Yazid

“Berdasarkan rekod komuniti ini dikesan berada di kawasan perairan Kampung Pangkalan, Kunak 3, Kunak Jaya dan Pangi,” katanya kepada media, di sini.

Bagi penduduk warga asing yang menetap di daratan seperti pekerja ladang, Dr Izaidi menjelaskan, pihaknya tidak berdepan masalah untuk melaksanakan pemberian dua dos vaksin memandangkan pergerakan mereka terhad dan memudahkan pencarian untuk suntikan dos kedua.

“Pemberian vaksin kepada bukan warganegara di daerah ini dilihat dapat menyumbang kepada pencapaian imuniti kelompok, apatah lagi jumlah penduduk tempatan dan bukan warganegara di Kunak hampir sama bilangannya.

 “Dianggarkan sekitar 40 peratus penduduk Kunak yang layak divaksin adalah warga asing,” katanya.

Sementara itu Dr Izaidi berkata, pihaknya akan menyelesaikan baki vaksinasi penduduk warganegara dan bukan warganegara, membabitkan 3,600 penerima yang berdaftar melalui aplikasi MySejahtera, sebelum menumpukan semula program imunisasi secara ‘walk-in’ pada minggu hadapan.

“Kita sudah beri suntikan dos pertama kepada kira-kira 14,500 penduduk Kunak yang berdaftar di MySejahtera.

“Minggu ini, kami menumpukan usaha menyelesaikan baki mereka yang berdaftar iaitu kira-kira 3,600 penerima lagi, semuanya untuk dos pertama,” katanya.

Sementara itu, seorang guru warga Indonesia Andi Sriansyari, 27, ketika ditemui melahirkan rasa teruja menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 selepas mendaftar di MySejahtera sejak Februari lalu.

Andi bersama suami antara bukan warga negara yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Kunak.
Andi bersama suami antara bukan warga negara yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Kunak.

“Saya mengajar di pusat pembelajaran komuniti (CLC) anak-anak Indonesia di Ladang Sungang di sini sejak tiga tahun lalu.

“Sudah tentu saya bimbang kerana kami juga berdepan risiko jangkitan,” katanya.

Beliau dan suaminya, Wahyudi, 28 turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas keprihatinan pihak berkuasa dalam menjaga kebajikan penduduk bukan warga negara yang berada di Sabah.

“Mungkin dengan adanya vaksin ini, kami juga boleh pulang ke kampung halaman di Sulawesi Selatan selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik COVID-19,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad