web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fasa 2 PPN: Jemaah Lengkap 2 Dos Perlu Patuhi SOP Masjid, Surau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 7:56AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Semua masjid dan surau di Perak masih kekal mengikut prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk individu yang telah lengkap dua dos suntikan COVID-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusof Husin berkata SOP berkenaan masih kekal seperti sebelum ini dan ahli jemaah hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Jemaah hendaklah mematuhi SOP terutamanya pemakaian pelitup muka, membawa sejadah dan mengamalkan penjarakan sosial.

“Masjid dan surau diingatkan agar terus mengadakan solat hajat bacaan Yasin, doa tolak bala agar wabak COVID-19 dapat dilenyapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dilaporkan, kerajaan membenarkan individu lengkap dua dos vaksinasi untuk menunaikan solat di masjid dan surau, bermula semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah dua minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.

Pada bulan lepas, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan pelaksanaan solat fardu, Jumaat dan sunat Aidiladha di masjid serta surau mengikut keluasan dewan utama, dengan mematuhi SOP ditetapkan dalam Fasa Dua PPN di Perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad