web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Majikan Disyaki Dera Pekerja Warga India

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 8:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis menahan seorang majikan kerana disyaki mendera pekerjanya yang merupakan lelaki warga India di sebuah premis perniagaan di Jalan Dato Pathmanaban, Port Dickson kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (D3) Bukit Aman dan dibantu pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada kira-kira 7 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pekerja berusia 27 tahun itu mendakwa tidak dibayar gaji sepanjang tempoh setahun enam bulan bekerja di premis tersebut selain dipukul dan pasportnya dipegang oleh majikan.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa juga mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian telinga, luka di jari dan pergelangan tangan,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Aidi Sham berkata pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menjumpai pasport milik mangsa dan polis merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, rotan kayu serta tali pinggang yang disyaki digunakan untuk memukul mangsa.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini manakala mangsa dibenarkan mendapat perintah perlindungan sementara selama 21 hari dan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan di Melaka.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kantoi’ Curang Dan Pukul Isteri, Lelaki Berdepan Siasatan Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kupang Di Port Dickson Masih Tidak Selamat Dimakan - JPNS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut