web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lega Dibenar Dine In, Tapi Takut Jangkitan Virus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 1:55PM

Nik Aminuddin (kanan) gembira kerajaan membenarkan pelanggan makan di dalam kedai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Pemilik kedai makan di negeri ini melahirkan rasa lega dan gembira selepas kerajaan membenarkan orang ramai untuk menikmati makanan secara ‘dine-in’.

Namun, kegembiraan itu turut bersulam kebimbangan, memandangkan angka harian kes COVID-19 masih lagi tinggi di negara ini termasuk Kelantan.

Pemilik Kedai Amin Roti Canai, Nik Aminuddin Nik Hassan, 49, berkata, dia gembira dan lega kerana kerajaan membenarkan pelanggan makan di dalam kedai.

Namun katanya, ketakutan tetap wujud dalam dirinya apabila melihat jumlah kes masih lagi tinggi, dan kewujudan varian Delta yang lebih ganas.

“Makan di dalam kedai juga bukan tiket untuk memberi kebebasan kepada pemilik atau pelanggan kerana semua perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Hari ini, hanya empat sahaja pelanggan yang sanggup makan di dalam kedai kerana yang lain masih bimbang dengan wabak COVID-19.

“Kesemua pelanggan yang makan di kedai mengambil vaksin lengkap dua dos,” katanya ketika ditemui di kedainya di Jelawat di sini, hari ini.

Nik Aminuddin yang lengkap dua dos vaksinasi berkata, sebelum pelanggan masuk ke premis, dia akan bertanya terlebih dahulu kepada pelanggan sama ada mereka sudah melengkap dos vaksin atau sebaliknya.

Katanya, dia bersyukur apabila kesemua pelanggan bersikap jujur dan mengambil pendekatan membeli bungkus jika dos diambil masih belum lengkap.

Shahrul Alif Alias
Shahrul Alif Alias

“Saya juga meletakkan notis di hadapan hanya membenarkan individu yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 boleh makan di kedai untuk bagi pelanggan faham kerana kita bersama-sama mahu mengekang wabak virus ini yang kian mengganas.

“Saya dibantu oleh anak-anak di kedai ini dan mereka juga sudah mengambil dua dos vaksin,” katanya yang berniaga lebih 18 tahun yang lalu.

Pelanggan, Shahrul Alif Alias, 27, berkata, walaupun ramai yang menunggu pengumuman kerajaan membenarkan makan di kedai, namun dia masih takut dan lebih selesa  membeli secara bungkus.

“Setakat ini, saya masih takut untuk makan di kedai kerana kita tidak tahu pelanggan yang masuk kedai datang dari mana.

“Jika mereka datang dari lokasi berisiko kemungkinan wabak COVID-19 akan menjangkiti kita dan orang lain. Baik kita berhati-hati untuk mencegah penularan penyakit ini,” katanya.

Anak muda itu turut berharap orang ramai terus mematuhi SOP ditetapkan untuk menurunkan jumlah kes COVID-19 dan membolehkan hidup kembali normal seperti dahulu.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti ‘dine-in’ kepada individu yang lengkap vaksinasi bermula 10 Ogos.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, pemilik premis kedai makan perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) yang lengkap menerusi aplikasi MySejahtera. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut