web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Jual Pingat Kebesaran Palsu Melaka Tumpas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 9:15PM

Datuk Abdul Majid Mohd Ali (kiri) dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menunjukkan watikah yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Dua ahli perniagaan antara 34 individu yang ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan pingat dan darjah kebesaran negeri Melaka.

Lelaki terbabit yang juga dalang utama bersama individu lain ditahan dalam beberapa siri serbuan di Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kesemua mereka yang berusia antara 26 hingga 70 tahun itu ditahan dalam operasi khas dijalankan.

Beliau berkata, sindiket berkenaan yang dipercayai didalangi dua ahli perniagaan berusia 40-an turut menyasarkan ahli perniagaan dengan menjual watikah, pingat serta darjah kebesaran palsu, membabitkan nilai antara RM50,000 hingga RM100,000.

Antara pingat yang dirampas.
Antara pingat yang dirampas.

“Kegiatan mereka ini dipercayai dijalankan sejak pertengahan tahun lalu dengan menjadikan sebuah rumah di Melaka Tengah sebagai lokasi mencetak watikah, manakala pingat serta selempang darjah kebesaran pula ditempah dari luar negara.

“Dalang itu dikatakan dibantu beberapa orang tengah yang berperanan mempromosikan dan menjual watikah yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri serta watikah palsu Jaksa Pendamai Melaka,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali di Pejabat Ketua Menteri, lewat petang tadi.

Sulaiman berkata, kejayaan menumpaskan sindiket ini bermula selepas pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam mengenai kegiatan terbabit sekitar awal tahun ini.

“Antara 34 yang ditahan itu turut membabitkan orang tengah dan pembeli yang hanya mengetahui mengenai penjualan melalui rakan-rakan.

“Antara barang yang dirampas termasuk 168 set lambang kereta Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka, 21 pingat, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk serta Datuk Seri, 13 selempang dan peralatan komputer,” katanya.

Susulan penahanan beliau berkata, polis membuka empat kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420  Kanun Keseksaan.

“Dua lelaki dipercayai dalang pula disiasat di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 3(1) b Enakmen Lambang- Lambang dan Nama- Nama, Enakmen A21 Enakmen Negeri Melaka,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut