web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mana Komputer Riba Untuk Pelajar Memerlukan? - MP Kepong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 5:40PM

Lim Lip Eng hairan kenapa komputer riba yang dijanjikan tidak sampai hingga sekarang, sedangkan Belanjawan 2021 telah meluluskan pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar - Gambar dari Facebook Lim Lip Eng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa supaya memberi penjelasan berhubung status pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar di 500 sekokah, seperti diumumkan pada Belanjawan 2021.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, beliau hairan apabila peranti dijanjikan itu tidak kunjung tiba sehingga sekarang.

Menurutnya, senario itu memperlihatkan seolah-olah kerajaan dan kementerian berkaitan tidak mengambil berat nasib dan kebajikan pelajar memerlukan.

“Laptop yang dijanjikan sampai sekarang masih belum diberikan kepada mereka yang memerlukan. Sampai sekarang habuk pun tak nampak. Kerajaan gagal, segagal-gagalnya.

“Adakah Menteri Pendidikan di dalam kerajaan PN serius dengan pendidikan anak-anak di Malaysia? Sudah hampir dua tahun kita berada di dalam pandemik ini tetapi masih tiada perancangan khusus untuk pendidikan anak-anak,” katanya menyaksikan pemberian 242 komputer riba baharu kepada sebuah sekolah di Kepong.

Lip Eng menambah, kerajaan seharusnya menumpukan perbelanjaan kepada sektor pendidikan dalam saat negara diancam pandemik COVID-19, bagi memastikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Untuk Parlimen Kepong sendiri, semua bantuan diterima setakat ini adalah daripada organisasi, syarikat swasta dan individu perseorangan. Sekolah adalah institusi di bawah kelolaan kerajaan, tetapi semuanya pihak sekolah yang perlu cari sendiri.

“Semua komputer riba yang baharu ini diberikan oleh sebuah syarikat swasta kepada pelajar-pelajar  memerlukan dan dilakukan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka,” katanya kesal. – Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad