web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Boleh Dine In Untuk Individu 17 Tahun Ke Bawah - Dr Izani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:41PM

Dr Izani Husin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Golongan berusia 17 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk makan atau dine in memandangkan mereka belum berpeluang menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, kebenaran untuk dine in buat masa ini hanya dibuka untuk individu berusia 18 tahun ke atas, yang sudah melengkapkan dos suntikan masing-masing.

Menurut beliau, peningkatan mendadak kes COVID-19 di Kelantan kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan, dan keputusan berkenaan adalah antara usaha yang diambil bagi melandaikan keluk jangkitan di negeri itu.

"Pada masa yang sama, hanya peniaga dan pekerja kedai makan yang lengkap dua dos vaksin yang dibenar beroperasi secara dine in dan keputusan ini dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) hari ini.

"Kita tidak boleh bercanggah dengan keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN), namun kita memutuskan remaja di bawah umur 17 tidak boleh makan di kedai,” katanya selepas mesyuarat khas JKKN yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK),  Datuk Dr Zaini Hussin.

Mengulas lanjut Dr Izani berkata, peniaga yang masih belum melengkapkan dos suntikan hanya dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan bungkus dan penghantaran sahaja.

“Kami akan mempercepatkan proses suntikan vaksin untuk peniaga dan sudah menghantar senarai mereka kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Izani merayu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menambah peruntukan bekalan vaksin Kelantan kepada satu juta sebulan.

Katanya, setakat ini, Kelantan menerima 500,000 dos vaksin sebulan dan ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa.

"Dari segi pemberian vaksin, Kelantan  berada di tempat ketiga tercorot apabila jumlah penerima dos pertama dan kedua masing-masing hanya 26 dan 17 peratus sahaja,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut