web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Sorok Dadah Dalam Semak Gagal, Penganggur Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 12:53PM

Shafien Mamat (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu dan pil yaba bernilai lebih RM10.9 juta yang dirampas dalam serbuan di tepi jalan di Kampung Kuala Jambu di sini, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Cubaan seorang penganggur menyembunyikan bungkusan dadah di dalam semak tidak berjaya, apabila ditahan dalam serbuan di Kampung Kuala Jambu di sini, Selasa lalu.

Serbuan di tepi jalan kampung berkenaan itu turut berjaya merampas bungkusan mengandungi 80 kilogram dadah jenis syabu dan 804,000 butir pil yaba bernilai lebih RM10.9 juta.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kedua-dua jenis dadah itu masing-masing bernilai RM8.04 dan RM2.9 juta.

Menurut beliau, suspek berusia 32 tahun itu disyaki menganggotai satu sindiket dadah dan ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada jam 10.05 pagi.

"Sebelum itu, suspek yang memandu sebuah kereta jenis Honda Jazz cuba melarikan diri, namun tidak berjaya.

“Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui 0.1 gram dadah jenis heroin dan dua liter air ketum,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini semalam.

Beliau berkata, suspek membawa polis ke sebuah lokasi di Kampung Kuala Jambu selepas disoal siasat, iaitu tempat dia menyorokkan bungkusan dadah berkenaan.

Katanya, suspek juga mengaku menjalankan tugas sebagai transporter dan hasil saringan ujian air kencing mendapati dia turut positif dadah jenis Metamfetamin.

"Bekalan dadah itu diperoleh dari negara jiran untuk pasaran luar Kelantan dan boleh memenuhi permintaan 1.2 juta penagih.

"Suspek yang mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkait kes dadah ditahan reman selama seminggu bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Shafien menarik perhatian, sebahagian anggota sindiket itu sudah ditahan enam bulan lalu tetapi pihak polis masih meneruskan usaha mengesan saki baki anggota yang dipercayai masih bergerak aktif. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad