web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TUDM Sahkan Identiti 4 Mangsa Insiden Tembak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:36PM

Mayat pertama kes tembakan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan pagi tadi tiba di rumah mayat Hospital Umum Sarawak pada 12.40 tengah hari tadi untuk siasatan lanjut. - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan empat anggotanya maut dalam satu insiden tembakan yang berlaku di Skuadron 330, Kem TUDM, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Markas Tentera Udara berkata, tragedi pada jam 7.15 pagi itu mengorbankan Koperal (U) Mohammad Ehsan Sehamat, Koperal (U) Ho Swee Bon, Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly ak Nabau dan Koperal (U) Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabbli.

Menurut beliau, kesemua anggota berkenaan yang berasal dari Sarawak telah berkahwin.

Katanya, Mohammad Ehsan berasal dari Asajaya Laut, manakala Swee Boon dan Nesly masing-masing berasal dari Bau serta Sibu.

“Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di lokasi dan Sharif yang berasal dari Siniawan, Bau pula meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan ketika menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap terbabit memberitahu, waris kesemua mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan menerusi pihak pengurusan TUDM di Pangkalan Udara Kuching.

“Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad turut berada di lokasi kejadian untuk mengetahui dan meninjau dengan lebih jelas insiden berkenaan.

“Pada lawatan itu, beliau tidak ketinggalan menyantuni dan bertemu dengan waris semua anggota terlibat di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Kuching bagi menzahirkan ucapan takziah,” katanya.

Ackbal jelas beliau lagi, turut menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan bantuan kebajikan kepada waris terlibat.

“Pihak TUDM sedang mengendalikan segala proses berkaitan pengebumian dan urusan kebajikan waris semua anggota itu.

“Siasatan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga ia selesai dilakukan, bagi menghormati sensitiviti waris dan keluarga anggota berkenaan," katanya. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad