web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keutamaan Vaksinasi Remaja 12-17 Tahun Untuk Masalah Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 7:57AM

Remaja yang berusia 16 dan 17 tahun, yang mempunyai atau tanpa masalah kesihatan tertentu akan dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Golongan remaja berumur 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan vaksin namun keutamaan adalah kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bagaimanapun bagi remaja berumur 16 dan 17 tahun, mereka yang mempunyai atau tanpa masalah kesihatan tertentu turut akan dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan data baharu pada 16 Jun yang dilihat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), telah mengandungi suntikan untuk golongan itu.

"Jadi NPRA telah meluluskan tetapi untuk pelaksanaan bergantung kepada keutamaan ialah mereka berumur 12 tahun ke atas kalau ada penyakit-penyakit lain contoh kanser darah.

"Untuk 16 dan 17 tahun, kita akan beri keutamaan kepada mereka yang ada penyakit yang dikenal pasti sebelum diberi vaksin manakala mereka yang tiada penyakit juga akan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata pada peringkat awal, Pfizer mengemukakan kepada NPRA cadangan iaitu golongan umur 16 tahun ke atas divaksinasi, tetapi data untuk golongan umur itu tidak kukuh apabila mereka menggunakan ekstrapolasi daripada usia dewasa.

Dr Noor Hisham berkata bagi golongan berumur 12 tahun ke atas yang sihat, Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu data terkini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad