web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Orang Awam Sila Patuhi SOP PPN Fasa 3 - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 7:07PM

Ahmad Jawila

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Semua penduduk digesa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 yang baru dikuatkuasakan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, penguatkuasaan bagi memantau perlanggaran SOP tetap dijalankan selama 24 jam.

Menurut beliau, orang awam dinasihati mematuhi setiap aspek SOP seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang ingkar termasuk kompaun," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Ahmad berkata, sejumlah 752 kompaun dikeluarkan ke atas individu dan syarikat yang melanggar SOP bermula 18 Mac tahun lalu sehingga semalam, membabitkan jumlah keseluruhan RM1.2 juta.

"Ini menunjukkan ketegasan PDRM dalam memastikan kejayaan mengekang penularan wabak COVID-19," katanya. - Getaran, 14 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad