web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Koperal Ehsan Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 7:06PM

Isteri Allahyarham, Nur Atiqah Nurul Supyie menyiram air mawar di pusara Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat di Tanah Perkuburan Islam Asajaya Laut, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ASAJAYA - Upacara pengebumian Allahyarham Koperal (U) Mohamad Ehsan Sehamat, 26 yang maut akibat tragedi tembakan di Skuadron 330, Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kota Samarahan dua hari lalu berjalan lancar di Tanah Perkuburan Islam Asajaya Laut di sini hari ini, tanpa sebarang masalah.

Rintik hujan yang turun seolah turut sama berduka, mengiringi pengebumian Ehsan yang maut ditembak rakan setugasnya sendiri.

Jenazah Allahyarham terlebih dahulu dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Asajaya Laut di sini, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 9.15 pagi.

Dengan menggunakan van milik TUDM, jenazah dibawa ke rumah untuk penghormatan terakhir oleh ahli keluarga, sebelum disembahyangkan di Masjid An-Najah Asajaya, manakala bacaan talkin disempurnakan Sarjan Mohd Shakur Abd Rahman dari Skuadron 33 TUDM.

Suasana yang sedia hening bertambah pilu apabila isteri Allahyarham, Nurul Atiqah Nurul Supyie, 29, tidak dapat menahan kesedihan sepanjang upacara pengebumian dijalankan, apatah lagi beliau sedang hamil anak sulung mereka berdua.

Turut hadir menyaksikan pengebumian Ehsan ialah Komander Pangkalan Udara Kuching, Kolonel Mohd Azwan Bohari.

Sementara itu, adik Allahyarham, Mohd Azniel Sehamat, 20 ketika ditemui selepas majlis mengucapkan syukur apabila upacara berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

“Alhamdulillah, walaupun masih sedih dengan kejadian ini dan perginya abang tidak akan kembali, kami sekeluarga bersyukur kerana proses pengebumian jenazah dipermudahkan.

“Banyak kenangan serta nasihat abang yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat,” katanya kepada Getaran ketika ditemui.

Azniel yang kini menuntut di tahun dua Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik memberitahu, abangnya banyak membantu sepanjang proses dia menjejakkan kaki ke menara gading

“Dia banyak memberi nasihat dan bantuan dari segi kewangan sepanjang saya menuntut di universiti. Apa yang berlaku ini terlalu sukar untuk dipercayai,” katanya, sugul.

Menurut Azniel, dia sama sekali tidak menyangka abang kesayangannya itu adalah antara korban kejadian, walaupun berita mengenai insiden terbabit hangat diperkatakan.

“Saya hanya tahu abang seorang daripada mangsa apabila keluarga kami dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pengurusan TUDM,” katanya.

Mohamad Ehsan yang merupakan anak keenam daripada 10 adik-beradik maut ditembak rakan setugasnya sendiri, bersama dua lagi rakan lain.

Turut terkorban dalam tragedi tersebut ialah suspek, yang bertindak menembak dirinya sendiri selepas itu.

Tiga anggota maut di lokasi kejadian manakala mangsa keempat menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jantung Kota Samarahan ketika menerima rawatan.

Selain Ehsa, identiti tiga lagi mangsa disahkan sebagai Koperal (U) Ho Swee Boon dari Bau, Laskar Udara Kanan Nesly ak Nabau (Sibu) dan Koperal (U) Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli berasal dari Siniawan, Bau. - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad