web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berpantang Maut Sebelum Ajal, Bapa Selamatkan Anak Daripada Sang Bedal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 8:50PM

Joeng Seman menunjukkan lokasi Sungai Batang Samarahan di Kampung Sungai Mata, Kota Samarahan iaitu tempat anaknya diserang buaya.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Sekian lama berdamping dengan Sungai Batang Samarahan sebagai sumber rezeki, tidak pernah terbayang di fikiran Joeng Seman, 64 bahawa anaknya akan menjadi habuan Sang Bedal.

Saban hari menjala udang di situ, nelayan berusia 64 tahun berkenaan seolah sudah membentuk satu hubungan akrab bersama penghuni yang ada, apabila aktivitinya tidak pernah diganggu si Raja Sungai tersebut.

Kedamaian itu bagaimanapun bertukar menjadi petaka, apabila Joeng menyaksikan sendiri anak lelakinya, Mohd Esa Joeng, 35 nyaris menjadi santapan haiwan ganas itu, petang semalam.

Berpantang maut sebelum ajal, Esa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan parah di paha kiri dan lengan kanan.

Semuanya dibantu kasih sayang seorang ayah, yang nekad terjun ke dalam sungai dan mencucuk mata buaya itu, menyebabkan reptilia tersebut melepaskan gigitan, walaupun sudah hampir berjaya menewaskan mangsanya.

“Ketika kejadian, saya bersama Esa dan adik iparnya, Hanafi Eddie, 25 turun ke sungai untuk menjala udang bagi dijadikan hidangan kami sekeluarga dan dijual kepada penduduk sekitar.

“Kami sepatutnya terus pulang kerana pada waktu itu sudah meraih hasil yang cukup lumayan, tetapi menangguhkan hasrat kerana berniat untuk menebar jala buat beberapa kali lagi,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di kediamannya di sini.

Joeng berkata, anaknya diserang buaya sebesar pemeluk dengan panjang lebih dua meter ketika sedang menarik jala yang tersangkut, sewaktu berada di dalam sungai pada kedalaman paras pinggang.

Enggan kehilangan anak dengan cara yang begitu ngeri, Joeng nekad terjun ke dalam sungai dan memeluk erat tubuh anaknya, walaupun ketika itu pemuda tersebut hampir ditarik ke tengah sungai.

“Apa yang ada dalam hati ketika itu ialah menyelamatkan Esa sedaya upaya dan entah dari mana datang kekuatan, saya nekad mencucuk mata buaya terbabit sekuat hati,” katanya.

Tindakan berani Joeng membuahkan hasil apabila reptilia itu melepaskan gigitan pada Esa, sebelum hilang di dasar sungai.

Katanya yang masih terkejut dengan insiden berkenaan, Esa diangkat ke dalam perahu sebelum dibantu penduduk setempat dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.

“Walaupun trauma, saya amat bersyukur kerana anak hanya cedera dalam kejadian ini, dan keadaannya juga dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di HUS,” ujarnya.

Joeng memberitahu, ini adalah kali pertama anggota keluarganya menjadi mangsa Sang Bedal sejak mula menjadikan sungai itu punca rezeki.

“Memang sungai ini menjadi habitat haiwan terbabit, namun tidak pernah kami diganggu.

“Hari ini mengubah segalanya, tetapi ia tidak akan mengubah hakikat bahawa rezeki kami bergantung kepada isi Sungai Batang Samarahan,” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad