web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Lagi Kes COVID Berkaitan Sidang Khas Parlimen Dikesan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 7:50AM

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dikesan berkaitan sidang khas Dewan Rakyat adalah 102 kes. - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima lagi kes COVID-19 dikesan berkaitan Mesyuarat Khas Parlimen dari 26 hingga 29 Julai lepas, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 102 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu dimaklumkan pada 13 Ogos melibatkan lima sekeluarga dengan kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen tersebut.

“Tiga kes mempunyai nilai kitaran ambang atau ‘CT value’ RT PCR di antara 16.98 sehingga 22.76 (kebolehjangkitan yang tinggi) manakala dua lagi adalah di antara 28.98 sehingga 33.98,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata mereka telah lengkap mendapat dua dos vaksin dan hanya bergejala ringan serta menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Katanya penambahan lima kes itu menjadikan 30 kes jangkitan semasa persidangan Dewan Rakyat.

“Daripada 30 kes ini, dua kes melibatkan Ahli Parlimen, sembilan kes terdiri daripada pengiring, sembilan kes pegawai agensi kerajaan, tujuh kes lain-lain iaitu ahli keluarga, dua kes kontraktor dan satu kes daripada kakitangan Parlimen,” katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan 56 kes pula dikenal pasti hasil saringan pra-Dewan Rakyat, lapan kes kontak rapat dan lapan kes saringan pra-Dewan Negara.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan bersama dengan pihak Parlimen dan Majlis Keselamatan Negara telah berbincang mengenai beberapa penambahbaikan yang diperlukan sebagai persediaan pembukaan semula Parlimen bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan sebelum dan semasa persidangan.

Katanya kesiapsiagaan itu meliputi tindakan memastikan individu yang hadir ke Parlimen sihat dan tidak dijangkiti COVID-19 pada masa tersebut dan keadaan persekitaran serta bahagian dalaman Parlimen dikaji serta ditambah baik supaya selamat, kurang risiko dan tidak menjadi tempat penularan wabak berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut