web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Kes Baharu Hari Ini 19,740

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 4:25PM

Kes COVID-19 hari ini adalah 19,740, berkurang lebih 800 kes dari Ahad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 19,740 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, berkurangan lebih 800 kes berbanding kes baharu yang dicatatkan pada Ahad iaitu 20,546 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter berkata angka yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di seluruh negara mencecah 1.42 juta. 

“Sembilan negeri mencatatkan kes COVID-19 empat angka dengan jumlah kes tertinggi dilaporkan di Selangor iaitu 5,706 kes diikuti Sabah dengan 1,728 kes; Kedah (1,592); Sarawak (1,566); dan Johor (1,510),” katanya. 

Beliau berkata empat lagi negeri yang mencatatkan kes baharu COVID-19 empat angka hari ini adalah Kuala Lumpur dengan 1,360 kes; Pulau Pinang (1,251); Kelantan (1,227); dan Melaka (1,120). 

Dr Noor Hisham berkata empat negeri mencatatkan kes baharu COVID-19 tiga angka iaitu Perak dengan 938 kes; Terengganu (688); Pahang (646); dan Negeri Sembilan (343) manakala Putrajaya dan Perlis mencatatkan kes dua angka dengan masing-masing 43 dan 20 kes.

Labuan menjadi satu-satunya negeri yang mencatkan kes satu angka dengan dua kes dilaporkan pada hari ini, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut