web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Lelaki Didakwa Hina Yang Di-Pertua Negeri Melaka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 3:45PM

Empat individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik terhadap Yang di-Pertua Negeri. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, akhir bulan lepas.

Muhamad Ali Aswad Asngadu, 28, Mohd Hermy Rahim, 34, Ahmad Zaki Yamani Zainon, 45, dan Mohd Hafizuddin Rahmad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Kesemua tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet melalui laman profil Twitter milik masing-masing secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen bersifat jelik ke atas Mohd Ali pada 28 Julai lepas.

Hantaran komen dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain itu telah dibaca pengadu pada 29 Julai sekitar pukul 1.07 pagi di Ujong Pasir, Kampung Atap di sini.

Kesemua tertuduh, masing-masing bekerja sebagai jurutera, ahli perniagaan, jurujual dan penyelia itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivasangari menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 setiap seorang selepas mengambil kira kerugian yang dialami mangsa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 September depan dengan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis pada setiap bulan serta tidak mengganggu saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.

Peguam Saiful Ambar Abdullah mewakili Ahmad Zaki Yamani manakala tiga tertuduh lain diwakili peguam P Purshotaman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Daim Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Isnin Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Bentang Pindaan Akta Komunikasi Dan Multimedia Di Parlimen Tahun Depan

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad