web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKD Bentang Pindaan Akta Komunikasi Dan Multimedia Di Parlimen Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 5:32PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka membentangkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen, awal tahun hadapan.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata KKD menerusi agensi-agensi di bawahnya sedang mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia kerana akta tersebut digubal pada 1998.

Justeru, beliau berkata, kementerian akan melaksanakan tadbir urus dengan pihak berkepentingan berhubung kajian dan pindaan semula akta berkenaan.

"Jadi KKD rasa sudah sampai masanya untuk kita mengkaji semula dan pastikan bahawa peruntukan yang kita ada sekarang mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap apa-apa jenis jenayah khasnya yang berlaku di alam siber.

"Kalau tidak sempat bentang tahun ini, kita akan bentang di Parlimen awal tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas tayangan 'MALBATT: Misi Bakara' di TGV AEON Mall Kulai, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengenai undang-undang Malaysia yang sedia ada berkaitan jenayah siber perlu dikaji dengan memasukkan elemen penipuan menerusi perisian dan peranti komputer.

Teo berkata, terdapat bukti bahawa teknologi kecerdasan buatan (AI) disalah guna bagi tujuan penipuan, apabila suara atau wajah seseorang boleh ditiru menggunakan AI untuk memperdaya ahli keluarga dan rakan terdekat mereka.

Katanya pindaan yang akan dibuat termasuk meningkatkan tanggungjawab penyedia perkhidmatan.

Terdahulu, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai meluangkan masa beramah mesra dengan kira-kira 250 orang penduduk Kulai sebelum menonton filem tersebut.

Sebelum ini, Razarudin dipetik sebagai berkata kesalahan jenayah siber dijangka terus meningkat pada masa akan datang susulan kepesatan teknologi terutama melalui penggunaan teknologi AI. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Majlis Media Malaysia Tentukan Laporan Beretika Atau Sebaliknya

4

Semasa 11 bulan yang lalu

KKD Utamakan Pencapaian Konsesus Berhubung Penubuhan Majlis Media Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut