web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 8:10AM

Teo Nie Ching - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Organisasi media yang mempromosi keganasan dalam masyarakat dan ucapan kebencian tidak mempunyai tempat di Malaysia atau mana-mana masyarakat bertamadun.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan boleh mengawal selia, menjalankan kempen penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada dan kempen pendidikan untuk mengajar golongan muda serta tua agar tidak menerokai media seperti ini namun terpulang kepada setiap individu sama ada mahu berbuat demikian atau sebaliknya.

“Penolakan kandungan yang memudaratkan dan berbahaya bukan sahaja baik untuk individu tetapi juga negara secara keseluruhannya,” kata beliau ketika berucap pada majlis Makan Malam Kelab Akhbar Kebangsaan  (NPC) sempena pelancaran Siri Pembangunan Profesional NPC di sini semalam.

Beliau berkata wartawan di negara ini menikmati ekosistem media jauh lebih mantap seperti dicerminkan dalam peningkatan ranking kebebasan akhbar antarabangsa Malaysia yang harus dilihat sebagai satu permulaan baik.

Bagaimanapun, Teo berkata usaha lebih besar diperlukan untuk meningkatkan lagi kedudukan Malaysia di dalam ranking.

“Meningkatkan lagi ranking kebebasan akhbar Malaysia adalah usaha kolektif yang memerlukan usaha bersepadu. Malam ini saya ingin memaklumkan anda bahawa saya akan bersama-sama anda dalam perjalanan ini. Ranking kebebasan akhbar tidak mencukupi meskipun kita menyasarkan untuk membawa penarafan kita dalam kalangan 30 kedudukan teratas pada tahun-tahun akan datang.

“Malaysia adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan menghormati hak-hak individu lain serta golongan minoriti. Oleh itu, kita mesti memperkukuh kebebasan kita dengan tanggungjawab bersama. Tanggungjawab terhadap kebenaran adalah teras kewartawanan seperti yang kita sedia maklum,” katanya.

Pada majlis itu, Teo turut merasmikan Buku Panduan Pelapor Mobile Journalism (MOJO) MADANI yang diterbitkan oleh Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).

Buku itu dihasilkan menerusi usaha sama pengamal media tempatan, ahli akademik IPPTAR, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM), Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia serta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

IPPTAR dalam satu kenyataan pula memaklumkan bahawa penerbitan buku itu adalah untuk melahirkan pengamal media dan wartawan warga yang pantas, tepat serta beretika. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang