web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 8:27AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini,  kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, tanpa kerjasama media, peranan yang dimainkan oleh organisasi berkaitan agama seperti  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tidak dapat dimaklumkan kepada orang ramai.

“Kalau peranan ini tidak dimainkan dan kerjasama ini tidak diperkukuh, saya rasa agensi agama ini tidak akan ke mana, jadi saya harap hubungan media dan agensi ini dapat diteruskan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penghargaan dan Amal YaPEIM Bersama Media 2023 di sini, malam tadi. 

Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur-ul Afida Kamaludin pula berkata, wartawan perlu menjadikan etika kewartawanan Malaysia sebagai panduan. 

“Ini kerana kita tidak mahu laporan yang tidak sahih kerana dari situ akan terhasilnya berita palsu yang bakal tersebar luas kepada seluruh masyarakat. 

“Kita sekarang berada di dalam era digital... portal media sudah banyak melangkau berbanding media cetak dan penyiaran, jadi wujud kebimbangan mengenai laporan serta maklumat yang kita salurkan terutama daripada 'wartawan segera,'” katanya ketika berucap sebagai wakil media pada majlis itu.

Beliau berkata, berita yang tidak sahih bukan sahaja memberi kesan kepada wartawan yang menulisnya tetapi juga organisasi secara keseluruhan jadi etika kewartawanan harus dirujuk dan digunakan sebagai panduan dalam melaporkan berita. 

Sebanyak 100 pengamal media yang terdiri daripada wartawan, jurugambar serta jurukamera serta bekas pengamal media disantuni oleh YaPEIM menerusi bantuan tunai berjumlah RM50,000 melalui lima persatuan dan kelab media.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, mereka menerima bantuan RM500 seorang di bawah program Inspirasi Prihatin YaPEIM.

“Usaha ini berjaya direalisasikan dengan kerjasama Kelab Media KL dan Selangor (KLS), Persatuan Jurugambar Media Malaysia (MPPA), Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA), Kelab Media Putrajaya dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang mengenal pasti penerima dalam kalangan pengamal media yang benar-benar memerlukan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki