web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 8:23PM

Noryani Tamadun menunjukkan foto diambil bersama Allahyarham Muhammad Faisol Tamadun - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Keluarga Allahyarham Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun yang terkorban dalam nahas melibatkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bulan lalu, berlapang dada menerima laporan akhir berhubung kejadian tersebut yang dikeluarkan hari ini.

Kakak sulung Allahyarham, Noryani Tamadun, 50, berkata, keluarganya akur menerima laporan dikeluarkan lembaga siasatan dan reda menerima ketentuan tuhan terhadap Muhammad Faisol yang mesra dipanggil 'Dik Mad'.

"Ini sudah ketentuan tuhan yang tertulis buat adik bongsu kami. Laporan itu sudah kami terima hari ini dan segalanya telah pun berlaku. Kami reda. 

"Saya harap keluarga mangsa yang lain pun dapat menerima laporan ini dengan baik dan sabar," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini. 

Noryani memberitahu, keluarganya bercadang untuk menyempurnakan badal haji buat arwah adik bongsunya itu. 

Begitu pun katanya, perkara itu perlu dibincangkan lebih lanjut dengan balu Allahyarham. 

"Untuk kubur arwah, kami sudah letakkan batu nisan kira-kira dua minggu selepas dia disemadikan. Difahamkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyumbangkan kepok di kubur itu," katanya. 

Mengulas mengenai keadaan balu arwah, Noryani berkata adik iparnya itu masih bersedih dan belum bersedia untuk bertemu media. 

"Sebelum ini pun ada krew televisyen mahu menemubualnya tetapi dia menolaknya dengan baik dan meminta supaya temubual itu diadakan dengan saya. Saya faham keadaannya yang masih bersedih dan ainsya Allah akan bertemu dengannya serta anak-anak jika ada kesempatan," katanya. 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan berusia enam serta 10 tahun. 

Laporan akhir Lembaga Siasatan hari ini merumuskan bahawa satu daripada pesawat terlibat tidak berada pada haluan dan yang ditetapkan.  

Selain itu Lembaga Siasatan turut mendapati pesawat AS 555 SN Fennec tidak berada pada ketinggian sepatutnya.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata,  dapatan itu diperoleh selepas semakan rakaman video berdurasi tujuh saat kedudukan tujuh helikopter yang terbabit dalam raptai Hari Ulangtahun TLDM ke-90. - Getaran, 30 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

2

Semasa 1 tahun yang lalu

The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Jeram Mawar: Laporan Awal Dijangka Siap Dalam Masa Terdekat - Nik Nazmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Perlahankan Laungan Azan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka