web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan Kes Perlahankan Laungan Azan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 9:00AM

Polis semalam mengesan penyebaran di media sosial menuntut agar masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan di Sungai Puyu, Butterworth dalam daerah SPU. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung laporan terhadap seorang lelaki yang meminta memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar di Sungai Puyu, Butterworth dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Siti Nor Salawati Saad berkata kertas siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis telah terkesan melalui media sosial semalam berhubung penyebaran menuntut agar masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan di Sungai Puyu, Butterworth dalam daerah SPU.

"Sebelum ini, pada 28 Jun satu laporan polis telah dibuat oleh seorang penduduk tempatan berkaitan tindakan seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali memintanya memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam.

Katanya polis juga boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki