web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 9:52PM

Ayob Khan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Polis menerima laporan mengenai tindakan kumpulan The 1975 yang melakukan aksi tidak senonoh di Festival Good Vibes 2023 di Sepang, Jumaat lepas hanya selepas kumpulan itu berlepas pulang ke United Kindom, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa polis tidak cekap dalam menangani kejadian itu, beliau berkata kumpulan itu berlepas pulang ke United Kingdom dalam tempoh enam jam (5.30 pagi) selepas konsert itu dihentikan pada 11.30 malam, 21 Julai.

 “...dan laporan polis pertama yang diterima adalah pada keesokan hari pada 2 petang,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan Bendera Kejohanan World Police & Fire Games Winnipeg 2023 kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan kes itu masih berjalan dan dibuat mengikut Seksyen 509, 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Ayob Khan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berurusan dengan pihak berkuasa United Kingdom sekiranya terdapat proses pendakwaan terhadap kumpulan The 1975.

“Kesalahan ini adalah kesalahan yang dilakukan di negara ini maka kita tidak boleh memohon notis merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) kecuali ia melibatkan kesalahan besar,” katanya apabila ditanya sama ada PDRM akan meminta bantuan daripada Interpol.

Ayob Khan berkata setakat ini polis telah selesai mengambil 13 keterangan bagi membantu siasatan iaitu enam keterangan diambil daripada pengadu, seorang penganjur dan enam daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara. 

Katanya polis menerima 18 laporan dan lapan daripadanya dibuat di Selangor.

Jumaat lepas, persembahan kumpulan The 1975 dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya Matty Healy yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara pada Festival Good Vibes yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini